Yearly Archives: 2018

Home/2018

Simulasi Pengendalian Bencana

Satu sesi simulasi pengendalian bencana akan diadakan melibatkan Pusat Kesihatan Universiti bersama sama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan(FPSK) bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Najihah, USIM dimana ianya adalah sebahagian daripada latihan untuk mempersiapkan pelajar tahun akhir perubatan FPSK dengan pengetahuan dan pengalaman bagi berhadapan dengan bencana terutamanya melibatkan kemalangan jiwa.

POSTER PROGRAM

Simulasi Pengendalian Bencana2018-11-15T08:15:14+08:00

Volunteer Induction Programme (V.I.P)

Bertempat di Galeri Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM, akan diadakan program V.I.P (Volunteer Induction Programme) dimana ianya terbuka kepada semua warga USIM pada tarikh 14 November 2018 anjuran bersama MERCY Malaysia bertujuan mencari sukarelawan sukarelawan bagi bersama sama menyertai misi-misi kemanusiaan walaupun dimana berada.

POSTER PROGRAM

Volunteer Induction Programme (V.I.P)2018-11-07T09:25:21+08:00

Hari Arthtiris

 

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

Kerosakan Sendi
Jangkitan kuman
Penyakit yang diwarisi
atau sebab-sebab lain
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :

Osteoarthritis (OA)
Arthritis rheumatoid
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman Gout

Sempena Hari Arthitis, Pusat Kesihatan Universiti akan menjalankan ujian percuma urid acid kepada Warga Usim pada 23 Oktober 2018 bertempat di PKU.

Hari Arthtiris2018-10-22T09:32:38+08:00

My Beautiful USIM 3.0

13 Oktober 2018 ini, Pusat Kesihatan Universiti akan mengadakan program My Beautiful USIM bagi kali ke 3 untuk pencegahan denggi bersama-sama kolej-kolej kediaman. Ianya merupakan salah satu program transformasi kepimpinan mahasiswa dalam aspek peningkatan pembangunan kendiri dan keperibadian pelajar serta kesedaran penjagaan kesihatan dan alam sekitar. Program ini akan diterajui oleh Pusat kesihatan Universiti, Urusetia perlindungan Pelajar (U3P) dengan kerjasama Pusat Perumahan Pelajar, Pejabat Pengurusan Luar Kampus (OCSS) serta Jawatan Kuasa Siswa/i (JAKSA) kolej -kolej kediaman.

Objektif bagi program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat kerjasama para pelajar untuk mewujudkan persekitaran yang bersih,selamat serta bebas dari wabak penyakit denggi, memperkasa para pelajar dalam mengambil langkah proaktif bagi mencegahpenyakit denggi di dalam komuniti mereka, membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran serta memupuk kesedaran tentang program kemasyarakatan serta meningkatkan taraf kesihatan berpandukanaktiviti yang dijalankan.

My Beautiful USIM 3.02018-10-12T10:54:24+08:00

Ceramah Kanser Serviks

Program ceramah kanser pangkal rahim dan suntikan HPV akan diadakan pada 12 Oktober 2018 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2 (DKP 2), Universiti Sains Islam Malaysia dimana ianya bertujuan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya dan pelajar USIM am nya mengenai kepentingan mengesan kanser di peringkat awal.

Syarat bagi suntikan:

  1. Wanita bujang/belum pernah berkahwin
  2. Lahir pada tahun 1991 sehingga 1996 ; dan
  3. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap

Program ini dijalankan secara percuma dan berbayar*

Ceramah Kanser Serviks2018-10-12T11:00:38+08:00