Aktiviti

Home/Aktiviti

USIM PRIHATIN KOMUNITI SIHAT ‘HEALTH BEFORE WEALTH

👩🏻‍⚕️ USIM PRIHATIN KOMUNITI SIHAT ‘HEALTH BEFORE WEALTH’👨🏻‍⚕️
📆 Tarikh : 18 hingga 19 Oktober 2023
🗓️ Hari : Rabu dan Khamis
🕰 Masa : 9.00pagi hingga 4.00ptg
🏛️Tempat : Bangunan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USIM
Anjuran Pusat Kesihatan Universiti dengan Kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar, Pragmatis , LPPKN, Pusat Derma Darah Negara, KOSPEN & PKD Seremban

USIM PRIHATIN KOMUNITI SIHAT ‘HEALTH BEFORE WEALTH2023-11-06T10:20:30+08:00

ZUMBA GET FIT WITH FUN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

5 Oktober 2023 – Bertempat di Perkarangan Ruang Terbuka PKU telah diadakan Program ZUMBA GET FIT WITH FUN anjuran PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI dengan kerjasama Kelab Wardah USIM yang dipimpin oleh Coach ZAZA dan team – Instructor Zumba.
Terima kasih diucapkan kepada Peserta yang hadir memeriahkan program ini dan telah menyahut saranan serta cabaran untuk kekal sihat dan aktif dengan mengadakan aktiviti zumba.
Aktiviti ZUMBA GET FIT WITH FUN anjuran PKU ini akan dijalankan pada setiap bulan bermula Oktober 2023 minggu kedua dan keempat, program ini juga memberi peluang kepada setiap warga USIM (wanita sahaja) untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif selain dapat mengeratkan silaturrahim.
Ayuh Kita sertai lagi!

ZUMBA GET FIT WITH FUN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI2023-10-12T12:40:04+08:00

GLOBAL ISLAMIC STUDENTS OUTREACH (GISO) 2023: PROGRAM JELAJAH KASIH BERSAMA SYABAB DAN FATAYAT

Tarikh : 28 September hingga 3 Oktober 2023.

Tempat : Satun & Songkhla, Thailand.

Pegawai Pengiring : Puan Jamaah & Cik Nur Hazwani

GLOBAL ISLAMIC STUDENTS OUTREACH (GISO) 2023: PROGRAM JELAJAH KASIH BERSAMA SYABAB DAN FATAYAT2023-10-12T12:56:22+08:00

PROGRAM JAULAH SEMARAK MALAYSIA MADANI

Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) telah menjemput Pusat Kesihatan Universiti untuk menjayakan bersama Program Kesukarelawanan 2023 anjuran PAK.
Dikenali juga Program Jaulah Semarak Malaysia Madani bertujuan mempromosikan USIM kepada masyarakat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan ruang kerjasama dengan Komuniti Kuala Pueh ,Kuala Berang Terengganu.
Program ini telah dijalankan dengan jayanya pada : 27 – 30 September 2023 (Rabu – Sabtu)
Masa : 8.00 pagi — 5.00 petang
Pusat Kesihatan Universiti telah menjalankan Pemeriksaan Kesihatan serta Konsultasi Pendidikan Kesihatan dan Kesedaran Awam oleh Dr. Nik Mohd Shafikudin Pengarah Pusat Kesihatan Universiti.
> Ceramah kesihatan gigi dan Tunjuk Ajar Berus Gigi kepada anak-anak Komuniti Kuala Pueh oleh Unit Pergigian ,Pusat Kesihatan Universiti.Turut berlangsung Majlis Perasmian Jaulah Madani dan Pelepasan Program Ziarah Kasih
> Penyerahan sumbangan barangan asas kepada 5 buah keluarga asnaf.
> Pemeriksaan kesihatan oleh PKU kepada warga emas dalam keluar asnaf

PROGRAM JAULAH SEMARAK MALAYSIA MADANI2023-10-12T12:57:56+08:00

MESYUARAT PROGRAM PENEMPATAN WAJIB (PPW) BERSAMA HOSPITAL UNIVERSITI DAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI

19 September 2023 – Mesyuarat berkaitan PPW ini telah diadakan di Ibu pejabat KKM bagi membincangkan perkara berkaitan cadangan pelaksanaan PPW dan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di hospital-hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tn.Hj.Mahadir bin Yunos, Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia (TKPPPM) ini telah dihadiri oleh PPP dari Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Hospital Universiti Al-Sultan Abdullah (UiTM), Pusat Kesihatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pegawai dari Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan yang turut bersama ialah Ketua Unit dan pegawai Unit Perkembangan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan.

MESYUARAT PROGRAM PENEMPATAN WAJIB (PPW) BERSAMA HOSPITAL UNIVERSITI DAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI2023-09-29T16:05:45+08:00

LAWATAN ILMIAH, LIBATSAMA MASYARAKAT DAN SAYANGI ALAM SEKITAR (24 – 29 OGOS 2023 DI HATYAI & KRABI,THAILAND)

Menerokai 4 Pulau di Krabi mengharungi laut dalam.
 Aktiviti Snorkeling (menikmati kesegaran air laut dan melihat keanekaragaman biota laut seperti ikan dan terumbu karang)
serta menjelajahi Gua Railay dan riadah di pantai sambil melihat stalagtit dan stalagmit Pulau Krabi.

Menanam pokok yang sesuai di Pulau Panyee untuk Program Kelestarian Alam dan Sayangi Alam Sekitar.

Sesi perkongsian ilmu di Pusat Madu lebah di Hatyai

LAWATAN ILMIAH, LIBATSAMA MASYARAKAT DAN SAYANGI ALAM SEKITAR (24 – 29 OGOS 2023 DI HATYAI & KRABI,THAILAND)2023-09-29T15:55:46+08:00