Aktiviti

Home/Aktiviti

USIM BIGGEST LOOSER CHALLENGE 3.0

USIM Biggest Loser Challenge 3.0 merupakan program inisiatif di bawah Exco Kebajikan dan Keselamatan Siswa Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti. Seramai 44 orang peserta yang menyertai Program kali ini. Program ini merupakan inisiatif terbaik bagi meningkatkan kesedaran warga USIM dalam aspek penjagaan kesihatan serta menggalakkan warga USIM untuk mencapai berat badan yang ideal demi kelangusungan hidup yang baik

USIM BIGGEST LOOSER CHALLENGE 3.02021-12-15T14:15:02+08:00

Saringan Minda Sihat (SMS) & Aku Janji Tidak Merokok

Sesi saringan minda sihat telah dijalankan kepada setiap pelajar baharu yang mendaftar masuk di USIM bagi memastikan warga USIM bebas dari minda yang tidak sihat supaya ianya tidak mempengaruhi proses pembelajaran kepada individu serta persekitarannya.

 

Saringan Minda Sihat (SMS) & Aku Janji Tidak Merokok2019-02-15T10:40:03+08:00

Simulasi Pengendalian Bencana

Satu sesi simulasi pengendalian bencana akan diadakan melibatkan Pusat Kesihatan Universiti bersama sama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan(FPSK) bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Najihah, USIM dimana ianya adalah sebahagian daripada latihan untuk mempersiapkan pelajar tahun akhir perubatan FPSK dengan pengetahuan dan pengalaman bagi berhadapan dengan bencana terutamanya melibatkan kemalangan jiwa.

POSTER PROGRAM

Simulasi Pengendalian Bencana2018-11-15T08:15:14+08:00

Volunteer Induction Programme (V.I.P)

Bertempat di Galeri Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM, akan diadakan program V.I.P (Volunteer Induction Programme) dimana ianya terbuka kepada semua warga USIM pada tarikh 14 November 2018 anjuran bersama MERCY Malaysia bertujuan mencari sukarelawan sukarelawan bagi bersama sama menyertai misi-misi kemanusiaan walaupun dimana berada.

POSTER PROGRAM

Volunteer Induction Programme (V.I.P)2018-11-07T09:25:21+08:00

Hari Arthtiris

 

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

Kerosakan Sendi
Jangkitan kuman
Penyakit yang diwarisi
atau sebab-sebab lain
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :

Osteoarthritis (OA)
Arthritis rheumatoid
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman Gout

Sempena Hari Arthitis, Pusat Kesihatan Universiti akan menjalankan ujian percuma urid acid kepada Warga Usim pada 23 Oktober 2018 bertempat di PKU.

Hari Arthtiris2018-10-22T09:32:38+08:00

My Beautiful USIM 3.0

13 Oktober 2018 ini, Pusat Kesihatan Universiti akan mengadakan program My Beautiful USIM bagi kali ke 3 untuk pencegahan denggi bersama-sama kolej-kolej kediaman. Ianya merupakan salah satu program transformasi kepimpinan mahasiswa dalam aspek peningkatan pembangunan kendiri dan keperibadian pelajar serta kesedaran penjagaan kesihatan dan alam sekitar. Program ini akan diterajui oleh Pusat kesihatan Universiti, Urusetia perlindungan Pelajar (U3P) dengan kerjasama Pusat Perumahan Pelajar, Pejabat Pengurusan Luar Kampus (OCSS) serta Jawatan Kuasa Siswa/i (JAKSA) kolej -kolej kediaman.

Objektif bagi program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat kerjasama para pelajar untuk mewujudkan persekitaran yang bersih,selamat serta bebas dari wabak penyakit denggi, memperkasa para pelajar dalam mengambil langkah proaktif bagi mencegahpenyakit denggi di dalam komuniti mereka, membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran serta memupuk kesedaran tentang program kemasyarakatan serta meningkatkan taraf kesihatan berpandukanaktiviti yang dijalankan.

My Beautiful USIM 3.02018-10-12T10:54:24+08:00