Kata Aluan Pengarah

/Kata Aluan Pengarah
Kata Aluan Pengarah 2019-02-13T07:40:57+00:00

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda.

Senario masyarakat global menyaksikan perubahan kaedah pengurusan pengetahuan dan maklumat seiringan ledakan teknologi maklumat.Setiap maklumat hanya boleh didapati sekelip mata dan akses hanya di hujung jari sahaja.Realiti yang berlaku adalah maklumat yang didapati tersebut bercampur baur antara kebenaran dan kepalsuan.

Bidang perubatan mendapat tempias negatif hasil daripada ledakan teknologi maklumat ini.Informasi yang berlegar didalam masyarakat mengenai subjek perubatan dan kesihatan melihatkan kecelaruan didalam menilai keaslian dan kesahihan sesuatu maklumat. Maka timbul pelbagai spekulasi dan penyelewangan fakta oleh golongan yang mempunyai kepentingan peribadi.

Isu seperti golongan anti-vaksin semakin berkembang dan amat merisaukan.Pengeluaran produk-produk kesihatan dan kecantikan yang menjanjikan bulan dan bintang tanpa meneliti kesan sampingan sudah berakar umbi dalam masyarakat.Maka peranan pengamal perubatan professional sekarang semakin kompleks untuk menangani isu kesihatan.

USIM amat komited memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada seluruh warganya.Maka profesionalisma setiap daripada kakitangan Pusat Kesihatan Universiti sangat di titik beratkan.Aspek penjagaan kesihatan warga USIM telah menjadi antara agenda utama Universiti dalam menggarabkan asimilasi integrasi Ilmu naqli dan Aqli yang diperjuangkan.

Sokongan daripada Pengurusan tertinggi USIM dan komitmen daripada warga Pusat Kesihatan Universiti telah memberikan impak penghasilan perkhidmatan kesihatan yang sangat berkualiti di USIM.Momentum ini perlulah diteruskan dan dipertingkatkan demi mencapai satu aras yang menjadikan USIM sebagai rujukan Global dalam pengurusan kesihatan Universiti.

Syabas saya ucapkan seluruh warga Pusat Kesihatan Universiti dan terima kasih kepada seluruh pengurusan tertinggi USIM.

Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Taujuddin

Pengarah

Pusat Kesihatan Universiti,

Universiti Sains Islam Malaysia