Visi , Misi & Objektif

/Visi , Misi & Objektif
Visi , Misi & Objektif 2019-02-13T08:00:22+00:00

VISI

  • Memberikan  perkhidmatan perubatan dan pergigian yang berkualiti,  kompeten  serta  memenuhi kehendak pelanggan bagi mendokong visi dan misi Universiti

MISI

  • Menjadi sebuah Pusat Kesihatan Universiti yang unggul dan kompetetif dalam  memberikan perkhidmatan kesihatan primer

MOTO

  • PKU Ke Arah Kesejahteraan Ummah

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan dan memberikan perawatan perubatan dan pergigian yang cekap dan efektif secara holistik

  • Mewujudkan suasana perkhidmatan yang harmoni , mesra pelanggan dan kondusif

  • Menyediakan prasarana yang berkualiti selaras dengan keperluan perkhidmatan yang terkini

  • Mewujudkan proses kerja yang sistematik dalam perkhidmatan yang diberikan

  • Menjalankan  tadbir urus yang efektif  berdasarkan amalan terbaik mengikut garis panduan  Universiti.

  • Meningkatkan  Profesionalisma kakitangan dengan menjalani latihan secara berterusan .

  • Mengaplikasikan perkhidmatan yang mematuhi syariah.

  • Melaksanakan program  pendidikan kesihatan bagi mengukuhkan pengetahuan dan kesedaran kesihatan dikalangan warga USIM.

  • Melestarikan perkhidmatan perubatan dan pergigian  kepada komuniti bagi  kemakmuran sejagat.

PIAGAM PELANGGAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU)

Dalam merealisasikan misi dan wawasan untuk menjadikan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang memartabatkan perkhidmatan kesihatan yang mampu memberi sumbangan kepada pelajar,kakitangan serta tanggungan dan masyarakat selaras dengan moto Pusat Kesihatan Universiti ‘PKU kearah Kesejahteraan Ummah’. Dengan izin Allah S.W.T maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji untuk memenuhi hak-hak pelanggan seperti berikut :

KEPADA PELAJAR, STAF DAN TANGGUNGAN

  • Memberi perkhidmatan rawatan kesihatan yang berkualiti secara profesional

  • Menyediakan prasarana dan sistem pengurusan yang terbaik berdasarkan piawaian-piawaian yang ditetapkan

  • Menyediakan kemudahan persekitaran terbaik berasaskan teknologi terkini untuk melicinkan proses kerja yang kondusif kepada kerja produktif;

KEPADA MASYARAKAT

  • Menjalankan aktiviti libatsama bersama masyarakat bagi meningkatkan tahap kesedaran kesihatan terhadap komuniti