Latar Belakang

/Latar Belakang
Latar Belakang 2020-02-25T12:11:02+00:00

Pada peringkat awal PKU dikenali dengan nama Unit Kesihatan Pelajar (UKP). UKP mula beroperasi di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar pada hujung tahun 2006 dengan kekuatan 2 orang jururawat yang beroperasi  di Bangunan sementara BHEP yang kini ia menjadi penempatan Jabatan Keselamatan. Pada tahun 2007, UKP berpindah ke Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) yang kini menjadi pejabat Badan Beruniform Kor- SUKSIS dengan pertambahan 4 orang kakitangan termasuk seorang Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Seterusnya pada tahun 2008 sehingga kini, UKP beroperasi di Kompleks Hal Ehwal Pelajar.

Pada peringkat awal, perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan pesakit luar, “oncall”, kecemasan dan “standby” kepada pelajar sahaja. Seterusnya tahun 2009, operasi klinik telah dimantapkan dengan penggunaan Sistem E-Klinikal sebagai Sistem Pengurusan Operasi Klinik.  Perkhidmatan Haemodialisis ditubuhkan  dan mula beroperasi pada Julai 2010 dengan 2 orang pesakit dan seorang kakitangan. Skop perkhidmatan diperluaskan lagi dengan penubuhan Perkhidmatan Pergigian dengan kekuatan kakitangan dari Fakulti Pergigian. Pada tahun 2013, Perkhidmatan Pergigian beroperasi secara sepenuhnya dengan kehadiran seorang Pegawai Pergigian.

Pada tahun 2014, UKP melebarkan operasi dengan menyediakan perkhidmatan “Wellness    Clinic” yang terdiri daripada Gimnasium dan Rehabilitasi serta skop perkhidmatan diperluaskan kepada kakitangan dan tanggungan.

Pengurusan Kewangan UKP telah di strukturkan dengan Penubuhan Tabung Amanah Kesihatan Pelajar bermula Julai 2013. Selaras dengan perkembangan pesat ini bermula pada 1 Januari 2015, UKP telah berubah daripada status sebuah unit kepada sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan dikenali dengan nama Pusat Kesihatan Universiti (PKU).