MESYUARAT PROGRAM PENEMPATAN WAJIB (PPW) BERSAMA HOSPITAL UNIVERSITI DAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI

//MESYUARAT PROGRAM PENEMPATAN WAJIB (PPW) BERSAMA HOSPITAL UNIVERSITI DAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI
19 September 2023 – Mesyuarat berkaitan PPW ini telah diadakan di Ibu pejabat KKM bagi membincangkan perkara berkaitan cadangan pelaksanaan PPW dan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di hospital-hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tn.Hj.Mahadir bin Yunos, Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia (TKPPPM) ini telah dihadiri oleh PPP dari Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Hospital Universiti Al-Sultan Abdullah (UiTM), Pusat Kesihatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pegawai dari Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan yang turut bersama ialah Ketua Unit dan pegawai Unit Perkembangan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan.
2023-09-29T16:05:45+00:00