My Beautiful USIM 3.0

//My Beautiful USIM 3.0

13 Oktober 2018 ini, Pusat Kesihatan Universiti akan mengadakan program My Beautiful USIM bagi kali ke 3 untuk pencegahan denggi bersama-sama kolej-kolej kediaman. Ianya merupakan salah satu program transformasi kepimpinan mahasiswa dalam aspek peningkatan pembangunan kendiri dan keperibadian pelajar serta kesedaran penjagaan kesihatan dan alam sekitar. Program ini akan diterajui oleh Pusat kesihatan Universiti, Urusetia perlindungan Pelajar (U3P) dengan kerjasama Pusat Perumahan Pelajar, Pejabat Pengurusan Luar Kampus (OCSS) serta Jawatan Kuasa Siswa/i (JAKSA) kolej -kolej kediaman.

Objektif bagi program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat kerjasama para pelajar untuk mewujudkan persekitaran yang bersih,selamat serta bebas dari wabak penyakit denggi, memperkasa para pelajar dalam mengambil langkah proaktif bagi mencegahpenyakit denggi di dalam komuniti mereka, membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran serta memupuk kesedaran tentang program kemasyarakatan serta meningkatkan taraf kesihatan berpandukanaktiviti yang dijalankan.

2018-10-12T10:54:24+00:00