PROGRAM JAULAH SEMARAK MALAYSIA MADANI

//PROGRAM JAULAH SEMARAK MALAYSIA MADANI
Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) telah menjemput Pusat Kesihatan Universiti untuk menjayakan bersama Program Kesukarelawanan 2023 anjuran PAK.
Dikenali juga Program Jaulah Semarak Malaysia Madani bertujuan mempromosikan USIM kepada masyarakat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan ruang kerjasama dengan Komuniti Kuala Pueh ,Kuala Berang Terengganu.
Program ini telah dijalankan dengan jayanya pada : 27 – 30 September 2023 (Rabu – Sabtu)
Masa : 8.00 pagi — 5.00 petang
Pusat Kesihatan Universiti telah menjalankan Pemeriksaan Kesihatan serta Konsultasi Pendidikan Kesihatan dan Kesedaran Awam oleh Dr. Nik Mohd Shafikudin Pengarah Pusat Kesihatan Universiti.
> Ceramah kesihatan gigi dan Tunjuk Ajar Berus Gigi kepada anak-anak Komuniti Kuala Pueh oleh Unit Pergigian ,Pusat Kesihatan Universiti.Turut berlangsung Majlis Perasmian Jaulah Madani dan Pelepasan Program Ziarah Kasih
> Penyerahan sumbangan barangan asas kepada 5 buah keluarga asnaf.
> Pemeriksaan kesihatan oleh PKU kepada warga emas dalam keluar asnaf
2023-10-12T12:57:56+00:00